Terima Kasih Cikgu

Saturday 1 November 2014

Majlis Graduasi Tahun 6 Kali 1/2014

Pada tanggal 1 November 2014 bersamaan hari Sabtu, SK Taman Desa telah menganjurkan Majlis Graduasi Tahun 6 untuk pertama kalinya dan diadakan di Kelab Golf Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh. Majlis ini diadakan untuk meraikan murid Tahun 6 yang telah habis menghadapi UPSR dengan acara penyampaian sijil selain mencungkil bakat Tahun 6 dengan persembahan seperti Coral Speaking dan tarian dari pelbagai etnik. Usaha kecil ini sedikit sebanyak dapat meninggalkan kenangan manis dikalangan pelajar selain menanam cita-cita untuk melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading.

Acara yang bermula dari jam 8 pagi hingga 1.00 tengahari ini telah dirasmikan oleh NYDP PIBG, Pn Norwazila bt. Abdul Wahab. Majlis ini juga mendapat sambutan di kalangan ibu bapa murid yang tidak mahu ketinggalan melihat detik awal permulaan kejayaan anak mereka.

Satu Anugerah Khas, Tokoh Murid 2014 telah di anugerahkan kepada Mohd Farid Kaim bin Mohd Faisal Kaim. Harapan kami agar majlis seperti ini dapat diteruskan dan akan meningkatkan lagi usaha murid-murid yang lain. Tahniah kepada murid-murid Tahun 6, guru-guru serta ibu bapa yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini
Taklimat terakhir kepada pelajar
Taklimat terakhir kepada pelajar
Persiapan terakhir guru-guru
Bergambar sebelum acara bermula
Bergambar sebelum acara bermula
Melangkah masuk ke dewan
Ucapan dari Guru Besar
Ucapan dari NYDP PIBG
Persembahan Tahun 6
Persembahan Tahun 6
Persembahan Tahun 6
Persembahan Tahun 6
Persembahan Tahun 6
Tokoh Pelajar Tahun 6/2014 Mohd Farid Kaim bin Mohd Faisal Kaim
Cenderahati dari pihak sekolah kepada NYDP
Suasana didalam dewan

No comments:

Post a Comment