Hari Anugerah Kecemerlangan SK Taman Desa telah diadakan pada 19 November 2014. Acara yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari itu telah dirasmikan oleh En Soong Beng Khoon (Presiden Persatuan Penduduk Bandar Country Homes).
Sebanyak 700 sijil telah dianugerahkan kepada murid Pra Sekolah hingga ke Tahun 6. Pada tahun ini juga pihak sekolah telah mempelbagaikan anugerah dari bidang Akademik dan Ko-Kurikulum. Antaranya Pencapaian Terbaik Dalam Aliran, Kehadiran Penuh, Akhlak Terpuji, Mata Pelajaran Terbaik, Peningkatan Prestasi, Anugerah Khas Ko-Kurikulum dan sebagainya bagi memberi penghargaan kepada murid-murid yang bertungkus-lumus sepanjang Tahun 2014 ini.
Sijil penghargaan juga diberikan kepada penderma individu mahupun syarikat yang sedikit sebanyak membantu penambahbaikan dan aktiviti sekolah. Semua Ketua Kelas, Pengawas Tahun 6, Pengawas Pusat Sumber Tahun 6, Pembimbing Rakan Sebaya Tahun 6 dan Pengawas VLE Frog turut diberi sijil penghargaan bagi menghargai usaha mereka kepada sekolah.
Hari Anugerah ini juga diselang-selikan dengan persembahan murid Pra Sekolah, Bicara Berirama Tahun 6, Tarian Inang, Dikir Barat dan diakhiri dengan persembahan Tarian Bollywood.
Dengan penambahan anugerah pada tahun ini sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat murid-murid untuk lebih berusaha dan terus cemerlang dalam bidang Akademik dan Ko-Kurikulum.
Tahniah kepada semua murid yang berjaya!!