Terima Kasih Cikgu

Thursday 4 December 2014

Kemasukan Murid Bagi Program Pendidikan Asas Vokasional Ke Tingkatan 1 Tahun 2015

Untuk makluman semua ibubapa, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) akan melaksanakan Kemasukan Murid Bagi Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Ke Tingkatan Satu (1) Tahun 2015.

Borang permohonan Kemasukan Murid Bagi Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) hendaklah dihantar kepada feeder school yang dipilih oleh Jabatan Pendidikan Negeri (u.p. Sektor Pengurusan Sekolah) masing-masing mulai 17 November 2014 hingga 10 Disember 2014. Turut dimaklumkan bahawa permohonan tersebut hendaklah direkodkan dalam Aplikasi Permohonan Kemasukan Murid Bagi Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tahun 2015 di alamat http://apps5.moe.gov.my/sptv/pav 2015/.

Harap maklum.


-Admin-