Terima Kasih Cikgu

Wednesday 26 November 2014

Keputusan UPSR Tahun 2014

Pada 24 November 2014 (Rabu) semua murid-murid Tahun 6, guru-guru serta ibubapa berdebar-debar menantikan keputusan UPSR yang bakal diumumkan. SK Taman Desa mencatatkan peningkatan sebanyak 10.6% dimana seramai 33 orang murid-murid mendapat keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Tahniah kepada murid-murid yang berjaya!

Antara murid yang mengambil keputusan
Antara murid yang mengambil keputusan
Antara murid yang mengambil keputusan
Guru-guru menyemak keputusan murid mengikut kelas
Sebahagian daripada 33 murid yang berjaya mendapat 5A
Sebahagian daripada 33 murid yang berjaya mendapat 5A

Saturday 22 November 2014

Hari Suai Kenal Tahun 1 Sesi 2015

Hari Suai Kenal Tahun 1 & Pra-Sekolah bagi tahun 2015 SK Taman Desa telah diadakan pada 22 November 2014 (Sabtu) jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi. Hari Suai Kenal ini bertujuan untuk pendaftaran murid Tahun 1 Sesi 2015, agihan buku teks Tahun 1 serta diadakan ujian saringan untuk kedudukan murid di dalam kelas. Ibu bapa juga diberi taklimat ringkas berkenaan sekolah semasa murid-murid menduduki ujian tersebut.  

Selamat Datang Murid-Murid Tahun 1 Sesi 2015!

Berikut adalah gambar suasana pada Hari Suai Kenal ;

Hari Suai Kenal Tahun 1
Hari Suai Kenal Tahun 1
Ibu bapa sedang menyemak nama anak mereka
Hari Suai Kenal Tahun 1
Ibu bapa beratur mengikut kelas untuk pendaftaran anak mereka
Ibu bapa beratur mengikut kelas untuk pendaftaran anak mereka
Mengambil buku teks Tahun 1
Pendaftaran murid Pra Sekolah
Mengambil buku teks Tahun 1
Pendataran Murid Tahun 1
Suasana semasa Hari Suai Kenal
Ibu bapa sedang mendengar taklimat dari pihak sekolah
Ucapan dari Pn Anisah
Taklimat SPBT dari Pn Noriyah
Talimat dari Pegawai PTPTN
Suasana semasa Hari Suai Kenal
Suasana semasa Hari Suai Kenal
 

Thursday 20 November 2014

Program Keselamatan Jalan Raya

Pada 20 November 2014 (Khamis) pihak PLUS Rawang telah datang ke SK Taman Desa bagi Kempen Program Keselamatan Jalan Raya. Pelbagai acara untuk murid-murid telah diadakan bagi program ini. Terima kasih kepada pihak PLUS. 

Berikut beberapa gambar semasa hari kempen tersebut ;

Taklimat dari pihak PLUS
Taklimat dari pihak PLUS
Antara acara yang diadakan
Antara acara yang diadakan
Antara acara yang diadakan
Makanan & minuman yang disediakan oleh pihak PLUS
Makanan & minuman yang disediakan oleh pihak PLUS
Makanan & minuman yang disediakan oleh pihak PLUS
Kenderaan PLUS

Wednesday 19 November 2014

Hari Anugerah Kecemerlangan Tahun 2014

Hari Anugerah Kecemerlangan SK Taman Desa telah diadakan pada 19 November 2014. Acara yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari itu telah dirasmikan oleh En Soong Beng Khoon (Presiden Persatuan Penduduk Bandar Country Homes).

Sebanyak 700 sijil telah dianugerahkan kepada murid Pra Sekolah hingga ke Tahun 6. Pada tahun ini juga pihak sekolah telah mempelbagaikan anugerah dari bidang Akademik dan Ko-Kurikulum. Antaranya Pencapaian Terbaik Dalam Aliran, Kehadiran Penuh, Akhlak Terpuji, Mata Pelajaran Terbaik, Peningkatan Prestasi, Anugerah Khas Ko-Kurikulum dan sebagainya bagi memberi penghargaan kepada murid-murid yang bertungkus-lumus sepanjang Tahun 2014 ini. 

Sijil penghargaan juga diberikan kepada penderma individu mahupun syarikat yang sedikit sebanyak membantu penambahbaikan dan aktiviti sekolah. Semua Ketua Kelas, Pengawas Tahun 6, Pengawas Pusat Sumber Tahun 6, Pembimbing Rakan Sebaya Tahun 6 dan Pengawas VLE Frog turut diberi sijil penghargaan bagi menghargai usaha mereka kepada sekolah.

Hari Anugerah ini juga diselang-selikan dengan persembahan murid Pra Sekolah, Bicara Berirama Tahun 6, Tarian Inang, Dikir Barat dan diakhiri dengan persembahan Tarian Bollywood.

Dengan penambahan anugerah pada tahun ini sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat murid-murid untuk lebih berusaha dan terus cemerlang dalam bidang Akademik dan Ko-Kurikulum. 

Tahniah kepada semua murid yang berjaya!!

Antara gambar kenangan pada Hari Anugerah Kecemerlangan ;

En Soong Beng Khoon memberi ucapan perasmian
Antara murid-murid yang menerima anugerah
Cenderamata daripada pihak sekolah
Penyampaian Sijil Pra-Sekolah
Bicara Berirama dari Tahun 6
Penerima Anugerah
Penerima Anugerah
Persembahan Tarian Inang
Anugerah Nilam Tahun 1
Anugerah Nilam Tahun 2
Anugerah Nilam Tahun 3
Anugerah Nilam Tahun 4
Anugerah Nilam Tahun 5 & Tokoh Nilam 2014
Persembahan Dikir Barat
Penerima Anugerah
Penerima Anugerah
Penerima Anugerah
Penerima Anugerah
Penerima Anugerah
Penerima Anugerah
Persembahan Tarian Bollywood
Suasana didalam dewan
Anugerah Tokoh Pelajar 2014 & Tokoh Ko-Kurikulum 2014
Anugerah Tokoh Pelajar  & Tokoh Ko-Kurikulum 2014 bersama Guru Besar