Terima Kasih Cikgu

Thursday 31 March 2016

SAPS Semakan Ibu Bapa (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah)

Semakan SAPS Online Analisis Peperiksaan Sekolah  ini menyediakan semakan bagi Darjah 1 hingga Darjah 6 bagi murid sekolah rendah. Ibubapa boleh membuat semakan keputusan peperiksaan (Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun dan UPSR) dan ujian secara online melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Sistem semakan SAPS Ibubapa ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan murid dan ianya memudahkan ibubapa untuk memantau prestasi akademi anak masing-masing.


Wednesday 9 March 2016

Solat Sunat Gerhana Matahari

Tazkirah dan Solat Sunat Gerhana Matahari telah diadakan di sekolah pagi ini (9 Mac 2016) dan di imamkan oleh Ustaz Ashroff Khomainy.

Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer. (Daripada Wikipedia)


Tazkirah
Solat Sunat Gerhana Matahari
Solat Sunat Gerhana Matahari