Terima Kasih Cikgu

Monday 6 February 2017

Pelancaran Program Jom Ke Sekolah 2017

ATURCARA PROGRAM

Tarikh      : 6 Februari 2017
Masa       : 7.20 pagi - 8.00 pagi
Tempat    : Tapak Perhimpunan SKTD

7.20 pagi
Perhimpunan Murid, Guru, PIBG dan PDRM
Nyayian Lagu
  • Negaraku
  • Negeri Selangor
  • Bacaan Doa
  • Ikrar Murid
Taklimat ringkas oleh Unit BnK
Bacaan Perutusan KPN, PDRM
Bacaan Perutusan KPPM, KPM
Perasmian pelancaran Program Jom Ke Sekolah dan Perasmian Peti Aduan Murid


PENGENALAN

Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan displin dan salahlaku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

OBJEKTIF

  • Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS.
  • Membantu mencegah salahlaku displin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral samaada di dalam atau di luar sekolah.
  • Membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid seperti yang diarahkan dalam surat pekeliling ikhtisas : KP(BPSH-SPDK)201/005/01/Jld(19) bertarikh 29 Julai 2010. 

Perasmian pelancaran Program Jom Ke Sekolah
Perasmian Peti Aduan Murid

Saturday 4 February 2017

Mesyuarat Agung PIBG SKTD 2017 & AJK PIBG 2017/2018

Pada 4 Februari 2017 (Sabtu) telah diadakan Mesyuarat Agong PIBG SKTD Kali Ke-17. Mesyuarat kali ini juga memilih AJK Ibu Bapa baru bagi sesi 2017-2018. Turut diadakan sesi penerangan oleh wakil PTPTN serta majlis penyampaian sijil penghargaan kepada semua AJK Ibubapa 2016 dan cabutan bertuah untuk jemputan yang hadir.

Senarai Nama AJK PIBG 2017/2018


Penasihat / Guru Besar
Pn Zainab bt. Mohamad Nasirudin

YDP
En Wan Ibnul Bahar b. Wan Ismail

Naib YDP 
En Wan Suhazeli b. Wan Ahamed

Setiausaha Kehormat
En Zulkhairi b. Bidin


Bendahari Kehormat  
Pn Che Ku Rozani bt. Che Ku Long
 
AJK 
1. Pn Siti Noorbaya bt. Jinal (Ibu Bapa)
2. En Hamidon b. Abu Hassan (Ibu Bapa) 
3. En Mohamad Johari b. Mustafa (Ibu Bapa)
4. En Parimelazhagan A/L Ellan (Ibu Bapa)
5. En Ridzuan b. Mohd (Ibu Bapa)
6. En Mohd Syazman b. Mansur (Ibu Bapa)
7. Pn Saripah Noraimiza bt. Syed Ibrahim (Guru)
8. Pn Nur Amirah bt. Ab. Raop (Guru)
9. Pn Munaliza bt. Zailan (Guru)
10. Pn Tun Irdawati bt. Hj. Baharom (Guru)
11. Pn Mardiana bt. Che Baharun (Guru)

Juruaudit  
1. En Kharol Azaman b. Kassim (Ibu Bapa)
2. Pn Ranjit Kaur A/P Basant Singh (Guru)

 Penolong Kanan 
1. Pn Nor Azizah bt. Lamijan
2. Pn Fadzli Yaton bt. Abd Hamid
3. En Hawadi b. Md Tarotan
4. Pn Sohana bt. Ahmad