Terima Kasih Cikgu

Friday 27 June 2014

Hari Persaraan PK HEM

Pada 27 Jun 2014 (Jumaat) pihak sekolah telah mengadakan Majlis Persaraan PK Hal Ehwal Murid (HEM) SK Taman Desa, En Zulkipli b. Hj. Saedun. Majlis yang bermula pada jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari itu diraikan dengan acara dari murid-murid, penyampaian cenderahati dan diakhiri dengan acara memotong kek. Beberapa orang AJK PIBG juga turut sama meraikan majlis persaraan beliau.
Berikut adalah gambar sempena hari perpisahan beliau ;

"KASIH DISEMAI BAKTI DITUAI"

Cenderahati dari PIBG
Cenderahati  dari Guru-guru
Cenderahati  dari Guru-guru
Mengiringi perjalanan beliau
Mengiringi perjalanan beliau
Mengiringi perjalanan beliau



Buah mengkudu buah bidara
Mari disimpan didalam dulang

Hari ini tuan genap bersara
Jasa baik tuan tetap dikenang


Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

No comments:

Post a Comment