Terima Kasih Cikgu

Saturday 18 October 2014

Hari Keusahawanan SKTD Kali 1/2014


Pada 18 Oktober 2014 (Sabtu) untuk kali pertama SK Taman Desa telah menganjurkan Hari Keusahawanan bagi mengumpul dana PIBG selain dari memupuk semangat keusahawanan dari kalangan pelajar sekolah. Jutaan terima kasih kepada guru-guru, ibubapa serta pelajar yang bertungkus-lumus menjayakan aktiviti ini.

AJK PIBG turun padang menjual air
AJK PIBG turun padang menjual air
AJK PIBG turun padang menjual air
AJK PIBG turun padang menjual air
Sesi mengira kupon hasil jualan
Sesi mengira kupon hasil jualan
Bergambar kenangan
Bergambar kenangan

Saturday 11 October 2014

Aktiviti 3K Siri II

Tanggal 11 Oktober 2014 (Sabtu), telah diadakan Program Mengecat Pagar Sekolah Anjuran Biro 3K Sekolah & PIBG dengan kerjasama pelajar-pelajar UPSI di bawah bimbingan Cik Najidah Yahya, Penasihat Kelab Fasilitator UPSI. Aktiviti yang bermula jam 8 pagi ini telah dihadiri bersama Guru Besar SKTD, Tn. Hj. Mohd Zaidi b. Ahmad, Guru Penolong Kanan Akademik, Pn Anisah bt. Muksin, guru-guru dan beberapa AJK PIBG SKTD. Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang iaitu bandan-badan korporat serta individu yang telah memberi sumbangan berbentuk wang tunai mahupun cat bagi menjayakan program ini. Adalah diharapkan, persekitaran sekolah yang cantik dan ceria dapat menimbulkan semangat 'Suka Ke Sekolah' kepada para pelajar. Disamping itu, program ini telah mewujudkan kerjaama yang erat diantara SKTD dan pelajar UPSI yang menyertainya. Program tamat pada jam 12 tengahari dengan majlis penyampaian sijil kepada pelajar-pelajar UPSI dan jamuan makan tengahari.

AJK PIBG turut padang
Bersama guru-guru
Bersama guru-guru
Pelajar UPSI
Pelajar UPSI
Pelajar UPSI
Sesi bergambar setelah selesai mengecat
Sesi bergambar setelah selesai mengecat
Sesi bergambar setelah selesai mengecat