Terima Kasih Cikgu

Thursday 2 January 2014

Misi & Visi SK Taman Desa



MISI


MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU MELALUI

PENDIDIKAN BERKUALITI


VISI


SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG



FALSAFAH SEKOLAH


SKTD AKAN TERUS “BERUSAHA DAN CEMERLANG” DALAM PROGRAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA. IANYA MERUPAKAN SUATU AGENDA YANG BERTERUSAN KE ARAH MENCUNGKIL POTENSI INDIVIDU SECARA MELUAS UNTUK MELAHIRKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI, DAN JASMANI BERTERASKAN NILAI-NILAI KEAGAMAAN DAN MORAL.


PIAGAM SEKOLAH



   Kami warga SK Taman Desa komited untuk memberikan layanan yang berkualiti kepada pelanggan kami seperti:


 1. Murid:

  •   Setiap murid berhak mendapat tempat belajar yang sesuai disekolah ini.
2. Staf:

  •   Setiap staf baru akan dipastikan mendapat gaji tiga bulan selepas mendaftar diri.
3. Ibu bapa:

  •   Urusan pendaftaran dan pertukaran murid dipastikan selesai pada hari yang sama.
4. Pihak Berkepentingan ( PPD/JPN/KPM)

  •  Arahan PPD/JPN/KPM diuruskan dalam masa dua hari.
5. Lain-lain:


   Jika tuan/puan masih tidak puas hati sila hubungi Guru Besar.


Wednesday 1 January 2014

Sejarah SK Taman Desa



Sekolah Kebangsaan Taman Desa telah ditubuhkan pada tahun 2000. Luas kawasan sekolah ini keseluruhannya ialah 2 ekar. Sekolah ini terdiri daripada 2 unit bangunan 3 tingkat dengan 26 buah bilik darjah.

Pada tahun pertama persekolahan, sekolah ini beroperasi sementara waktu di SK Rawang dan SK Sinaran Budi sementara menunggu bangunan siap sepenuhnya.

Pada pertengahan bulan Jun 2000 Sk Taman Desa beroperasi sepenuhnya di Bandar Country Homes. Kini,  SK Taman Desa mempunyai 1974 orang murid dan 105 orang guru serta 9 orang staf sokongan.